Dunia ku sempit
Hatiku sakit
Hidupku terhimpit
Kaulah maha kaya
Kaulah juara
Kau juga raja segala
Hingga...
Malamku dihujani batu kerikil buatanmu
Siangku dibebani paku besi berkilau hiasanmu
Hari-hariku dipanahi mata-mata durjana ciptaanmu
Mana ku lari
Tatkala sangkakala sudah berbunyi
Mana hendak ku cari
Tempat berteduh yang hakiki
Thursday, November 10, 2011
Tingkah Kita
Tingkah kita...
Titah kita sudah tiada bermakna
Aliran tinta kita sudah tak sekata
Siulan musik kita sudah tak senada
Tingkah kita...
Tiap detik menjadi lesu
Mengisi waktu yang tiada bayu
Pepohonan redup kian layu
Memaksa diriku untuk berlalu
Tingkah kita...
Dimana diri sedang berdiri
Mengharap kasih empunya hati
Riang rasa tak terperi
Kini hanyut bak bah menyepi
Titah kita sudah tiada bermakna
Aliran tinta kita sudah tak sekata
Siulan musik kita sudah tak senada
Tingkah kita...
Tiap detik menjadi lesu
Mengisi waktu yang tiada bayu
Pepohonan redup kian layu
Memaksa diriku untuk berlalu
Tingkah kita...
Dimana diri sedang berdiri
Mengharap kasih empunya hati
Riang rasa tak terperi
Kini hanyut bak bah menyepi
aKu DaN pEnJaRa
Apalah nasib ku...keperitan hidup yang tak ada siapapun manusia di dalam dunia ini yang tahu. Entah apalah salahku sehingga layanan sekejam ini yang ku terima.
Aku tahu aku hanya menumpang teduh di rumah itu, tapi semua ini bukan kehendak ku. Mereka tak memberikan banyak pilihan buatku, mereka langsung tak memberi ku peluang untuk bertanya, sedikit pun tidak meletakkan keadaan mereka seperti aku. Bukan aku tak tahu, duit yang dikirim ibu bukan sedikit. Bekal beras diberi untuk ku bukan segantang dua. Aku tahu semua itu, ibu ku sendiri yang memberitahu ku. Tapi mana hak ku itu?! Kenapa aku diperlakukan seperti anak terbuang?! Makan ku tak tentu masanya. Entah minum entah tidak, aku terpaksa berlapar sepanjang hari. Manakan tidak, duit seringgit sahaja diberikan mereka kepada ku, cukup sekadar tambang bas 90 sen. Lebihan duit 10 sen pun dikiranya jua, disuruhnya aku masukkan lebihan 10 sen ke dalam tabung rumah! Kalau tak cukup, akulah mangsa buasnya. Maruah ku jua disiat-siat mereka.
Tapi apalah dayaku...belum masanya untuk ku bertindak. Namun tak jua terfikir untuk membalas. Aku serahkan semuanya kepada takdir. Semoga Tuhan memberi ku sebaik-baik jalan dan sebaik-baik kehidupan selepas ini. Aku teringat suatu ketika dulu, ketika perut ku dah tak tertahan laparnya, ketika emosiku melangkaui hadnya. Aku terjumpa duit sebanyak dua ringgit di atas meja. Tanpa berfikir panjang, ku ambil duit itu untuk ku beli alas perut. Langsung ku tak balik ke rumah itu lagi. Aku dah tak tahan. Kesabaranku sudah sampai ke penghujungnya. Aku hidup bagaikan orang gila di rumah durjana itu. Otak ku dah tak mampu berfikir waras lagi. Apa yang ku tahu, aku mahu segera tinggalkan rumah itu. Biar mereka lega dengan ketiadaan ku, biar mereka ketawakan aku, biar mereka menari gembira kerana kehilanganku.
Namun, tindakan ku itulah yang membuatkan aku terpenjara sehingga ke hari ini. Aku dilabelkan sebagai pesalah, malah yang lebih memeritkan lagi. Semua perkara yang aku lakukan pada ketika ini adalah salah semata-mata. Mereka mengandaikan bahawa aku adalah penyebab segala masalah, aku tak boleh berfikir untuk kebaikan aku sendiri. Kebaikan? kebaikan yang mereka lakukan pada aku? Yang mereka lakukan pada aku adalah kebaikan? Siapa yang pernah membuktikan itu adalah kebaikan? Sedangkan pada realitinya, aku adalah tanggungjawab mereka! tak tahukah mereka bahawa aku adalah dosa-dosa yang diciptakan untuk mereka? Tak tahukah mereka bahawa aku adalah bintik-bintik hitam yang akan menodai masa depan mereka?
Untuk seketika, biarlah aku berdiam diri. Biarlah takdir yang menentukan segalanya. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Hanya Tuhan yang mampu memberi ku ketenangan. Hanya dia yang mampu memahami erti kehidupan ku. Aku mengharapkan masih ada sinar untuk ku esok hari. Walau hari itu akan ku nanti selamanya, aku tahu aku cuma hamba Allah yang perlu redha...

Subscribe to:
Comments (Atom)