Ramawi...
Kau ada seketika untuk memberi,
Kau ada seketika untuk menyayangi,
Kau ada seketika untuk ku mengerti,
Kau ada seketika untuk ku kagumi,
Tiba masa...
Kau tiada untuk diratapi,
Kau tiada untuk dikenangi,
Kau tiada untuk dimengerti,
Kau tiada untuk dikagumi,
Ramawi...
Aku ada selamanya untuk memberi,
Aku ada selamanya untuk menyayangi,
Aku ada selamanya untuk kau mengerti,
Aku ada selamanya untuk kau kagumi,
Tiba masa...
Aku tiada untuk diratapi,
Aku tiada untuk dikenangi,
Aku tiada untuk dimengerti,
Aku tiada untuk dikagumi,
Biar AKU menjadi RAMAWI,
Biar AKU adalah RAMAWI,
Biar ada RAMAWI,
Biar tiada akhirnya RAMAWI.
Monday, October 24, 2011
Hari yang ku nanti
Hanya ada beberapa hari lagi.
Aku tak sabar menunggu hari itu.
Kelak akan ada waktu untuk bersama mu.
Namun adakah kau ada pada hari itu.
Adakah masih ada suara-suara gemersik di situ.
Adakah makin jelas garisan kedut di wajah mu.
Adakah makin deras keringat mengalir di tubuh mu.
Ahhh...rindunya pada waktu dahulu.
Gambaran hari yang dulu erat di dalam genggamanku.
Ku harap akan berada tepat di pelabuhan waktu.
Semoga hari itu tak akan berlalu tanpa kamu.
Kerana hari itu adalah penentu.
Bahawa kau adalah hidupku dan kasihku.

Subscribe to:
Comments (Atom)