Monday, October 24, 2011

Hari yang ku nanti

Hanya ada beberapa hari lagi.
Aku tak sabar menunggu hari itu.
Kelak akan ada waktu untuk bersama mu.
Namun adakah kau ada pada hari itu.
Adakah masih ada suara-suara gemersik di situ.
Adakah makin jelas garisan kedut di wajah mu.
Adakah makin deras keringat mengalir di tubuh mu.
Ahhh...rindunya pada waktu dahulu.
Gambaran hari yang dulu erat di dalam genggamanku.
Ku harap akan berada tepat di pelabuhan waktu.
Semoga hari itu tak akan berlalu tanpa kamu.
Kerana hari itu adalah penentu.
Bahawa kau adalah hidupku dan kasihku.

No comments:

Post a Comment